sumber : http://aams.abatasa.co.id/post/detail/8838/kumpulan-terjemah-hadits-tentang-shalat
1058. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Seseorang di antara engkau semua itu masih tetap dianggap
dalam shalat, selama shalat itu menyebabkan ia tertahan. jadi tidak ada
yang menghalang-halangi ia untuk kembali ke tempat keluarga itu
melainkan kerana menantikan shalat." (Muttafaq �alaih)
1059. Dari Abu Hurairah r.a., pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dan malaikat itu mendoakan kepada seseorang di antara engkau semua
supaya mendapatkan kerahmatan, selama orang itu masih ada di dalam
tempat shalatnya yang ia bersembahyang di situ, juga selama ia belum
berhadas. Malaikat itu mengucapkan: "Ya Allah, ampunilah orang itu, ya
Allah, belas kasihanilah ia." (Riwayat Bukhari)
1060. Dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengakhirkan shalat
Isya� pada suatu malam sampai ke pertengahan malam, kemudian beliau
s.a.w. menghadap - kepada orang banyak - dengan wajahnya setelah selesai
bersembahyang, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Orang-orang sudah
bersembahyang dan mereka telah tidur dan engkau semua senantiasa
dianggap dalam melakukan shalat, sejak engkau semua menantikan shalat
itu." (Riwayat Bukhari)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar