Translate

Keutamaan Shalat sunah

sumber : http://aams.abatasa.co.id/post/detail/8838/kumpulan-terjemah-hadits-tentang-shalat
1094. Dari Ummul mu�minin iaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu �anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang kerana Allah Ta�ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga." (Riwayat Muslim)

1095. Dari Ibnu Umar radhiallahu �anhuma, katanya: "Saya bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat lagi sesudahnya, juga dua rakaat sesudah Jum�ah, dua rakaat sesudah Maghrib dan dua rakaat pula sesudah Isya�." (Muttafaq �alaih)

1096. Dari Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Antara setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah, antara setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah, antara setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah." Dalam ketiga kalinya ini beliau s.a.w. bersabda: "Bagi orang yang suka mengerjakan itu." (Muttafaq �alaih)

Yang dimaksudkan dengan dua azan itu ialah azan dan iqamat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar